Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim |
KUALA LUMPUR - Soal keselamatan negara dan menangani kegiatan jenayah sentiasa menjadi komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tanggungjawab itu digalas tanpa jemu oleh setiap pegawai dan anggota polis demi memastikan masyarakat menjalani kehidupan harmoni tanpa sebarang gangguan.
Namun, komitmen itu ada kalanya disangkal pihak tertentu, dengan menyatakan negara ini tidak lagi aman apabila meningkatnya kadar jenayah serta ancaman yang berlaku baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, persepsi bahawa masyarakat kini hidup dalam keadaan tidak aman, adalah pandangan yang salah.
Beliau menegaskan, keadaan negara kini aman dan selamat.
“PDRM sentiasa fokus dan menjalankan usaha yang wajar dan keadaan ini bertambah baik dari semasa ke semasa.
"Ini terbukti dengan penurunan kadar jenayah indeks sebanyak 12.6 peratus pada 2014, iaitu dari 147,062 kes kepada 128,544 kes.
“Jenayah pecah rumah juga menurun 11.7 peratus pada tahun lalu, begitu juga jenayah jalanan menurun sebanyak 13.6 peratus,” katanya.
Dalam mengekalkan keadaan itu, Noor Rashid berkata, PDRM melaksanakan pelbagai usaha, antaranya program pencegahan jenayah di peringkat komuniti.
Katanya, sebuah jabatan baharu ditubuhkan iaitu Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti bersama masyarakat.
“Dalam usaha ini, kita pastikan strategi dan perancangan proaktif serta bersepadu mengurangkan jenayah dapat dipertingkatkan, antaranya meningkatkan kehadiran pihak berkuasa di tempat awam,” katanya.
Tolak sikap pilih kasih
Dalam melaksanakan peranan dan tugas, polis juga tidak lari dari dilabel sebagai penyokong kerajaan oleh pihak pembangkang.
Menepis persepsi itu, Noor Rashid berkata, polis sentiasa adil dalam menjalankan tugas dan yang lebih penting tindakan selaras dengan undang-undang tanpa mengira fahaman politik yang dipegang.
“Dakwaan kata kita pilih kasih adalah perkara yang tidak benar.
“Kita juga menangkap penyokong kerajaan yang melanggar undang-undang seperti mana yang berlaku kekecohan oleh penyokong kerajaan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang,” katanya.
Polis dan masyarakat berpisah tiada
Menurut Noor Rashid, masyarakat sentiasa menjadi kepentingan utama PDRM.
Katanya, hubungan masyarakat dan polis sentiasa erat dan itu boleh dilihat dengan adanya pertubuhan NGO ditubuhkan di seluruh negara yang bertindak membantu polis.
Justeru, 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' diangkat sebagai tema baharu menggantikan tema 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami' yang diguna pakai sejak 2012, bersempena sambutan Hari Polis ke-208, pada 25 Mac ini.
“Tema ini mengingatkan kembali semangat yang ditunjukkan anggota dan pegawai dalam usaha memastikan keadaan negara aman dan terkawal serta masyarakat menjalani kehidupan tanpa takut dan risau,” katanya.
Tambahnya, ia juga menunjukkan kesungguhan hubungan antara PDRM dan masyarakat dalam usaha menggalakkan kerjasama agar segala yang berlaku dapat dibincangkan bersama.
Katanya, PDRM mempunyai komitmen untuk memastikan kejadian jenayah dapat dibendung selain jenayah dapat diselesaikan dan mereka yang terlibat dapat dikesan, ditangkap dan didakwa di mahkamah.
“Kita juga harap dapat tingkatkan perkhidmatan sistem penyampaian dan masyarakat akan berpuas hati dengan servis yang diberikan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian