Solar Impulse 2 Mula Misi Keliling Dunia – Foto AFP |
ABU DHABI – Percubaan pertama untuk terbang mengelilingi dunia
menggunakan pesawat yang dijana tenaga suria dilancarkan hari ini di Abu
Dhabi dalam usaha mempromosikan tenaga hijau.
Pesawat Solar Impulse 2 yang dipandu Andre Borschberg dari
Switzerland, berlepas dari Lapangan Terbang Al-Bateen pada jam 7.12
waktu tempatan (0412 GMT).
Difahamkan bahawa pesawat berkenaan ditetapkan menuju ke Muscat, ibu negara Oman, di mana
ia dijangka mendarat selepas melengkapi bahagian pertama pengembaraan
itu.
Gambar fail di atas menunjukkan pesawat Solar Impulse 2 terbang berhampiran
Masjid Besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi pada 26 Februari lalu. -Kedahnews.com