Juruterbang akrobatik dari China persis "China Doll", kan? |
Wow! Seakan tidak percaya melihat wajah empat juruterbang
akrobatik wanita dari negara China yang kini hangat diperkatakan
pengguna media sosial gara-gara gaya mereka persis seorang model atau "China doll".
Apa yang lebih mengujakan, wanita jelita dan hebat ini dikatakan bakal menghangatkan lagi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi Ke-13 (LIMA) dengan mengendalikan jet pejuang, J-10 buatan China, minggu depan.
Pastinya, kemunculan mereka bakal menjadi daya menarik dan
menimbulkan keunikan buat #LIMA15 yang dijadualkan berlangsung dari 17
hingga 21 Mac 2015.
Hebat di angkasa... |
Menurut seorang jurucakap Tentera Udara China, Shen Jinke,
juruterbang akrobatik itu dikenali sebagai Yu Xu, Tao Jiali, Sheng YiFei
dan He Xioli.
Katanya, empat juruterbang akrobatik itu sudah pun berlepas ke Malaysia dengan menggunakan jet J-10, baru-baru ini.
Acara LIMA yang bakal berlangsung selama lima hari ini akan
menyaksikan persembahan jet pejuang antaranya dari negara Malaysia,
Amerika Syarikat, Perancis dan China.
Bagi yang berminat, jangan melepaskan peluang keemasan bagi
menyaksikan persembahan #LIMA15 yang hanya tinggal beberapa hari lagi
yang bertempat di Langkawi. -Kedahnews.com