PKR Buat Flashmob Depan Masjid Mahu Anwar Bebas

ALOR SETAR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah telah menganjurkan satu demontrasi "flashmob" sebagai tanda solidariti terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipenjara akibat meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Flashmob berkenaan telah diadakan di hadapan Masjid Zahir baru-baru ini dan hanya  berlangsung lebih kurang satu jam sahaja tanpa sebarang provokasi melampau oleh kira-kira belasan orang sahaja yang menyertainya.

Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung berkata, ia akan berterusan sebagai tanda sokongan kepada Anwar tanpa menyatakan tentang tarikh ianya akan berakhir.

"Ia akan diteruskan di setiap cabang,” katanya yang dipetik dari sebuah portal semalam.

Turut dilaporkan hadir di flashmod tepi jalan itu ialah Naib Pengerusi 1 PKR Kedah, Ir Zamri Yusoff dan Naib Pengerusi 3 PKR Kedah, Nasrul Che Mansor.

Mungkin kerana seolah tidak mendapat sambutan, keadaan lalu lintas di kawasan berkenaan juga dikatakan bergerak lancar dengan kehadiran anggota polis trafik dan peronda yang tiba lebih awal di lokasi bagi memantau keadaan.

Turut dimaklumkan bahawa satu ceramah perdana juga akan diadakan hari ini di Markas Pas Lorong Putih 5, Mergong, di sini.

Namun tidak dimaklumkan sama ada ceramah berkenaan telah mendapat permit dari pihak berkuasa atau tidak. -Kedahnews.com