Portal Pro-Pembangkang Hilang Kreadibiliti Siar Berita Fitnah?


Padah menyiarkan satu artikel mendakwa Majlis Raja-Raja menolak pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Jalan Travers pagi tadi terhadap sebuah portal politik.

wakil-raja2

Dalam satu kenyataan disiarkan Agenda Daily, Majlis Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah membuat laporan polis terhadap sebuah portal yang sering dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut tentangnya, Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata, laporan tersebut dilakukan bagi menyangkal fakta dalam artikel disiarkan portal tersebut kerana ia tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan pihaknya.

Persidangan-raja-raja-melayu

“Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya.

“Pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac yang menyentuh perkara itu,” ujar beliau.

Dalam pada itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memulakan siasatan terhadap portal berkenaan atas dakwaan mengaitkan hudud dengan institusi Raja.

Menurut Menteri Komunikasi Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek dalam kenyataannya menafikan laporan dari portal tersebut dan ia disifatkan sebagai palsu.

“Perkara itu tidak benar… ada orang cuba palitkan Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

“Setiap perkara yang tersebar mesti mendapat pengesahan. Jangan cepat percaya apa yang tersebar terutamanya dalam media sosial,” katanya.

Sebuah portal yang disifatkan pro-pembangkang pada Rabu, telah mengeluarkan satu artikel yang mendakwa Majlis Raja-Raja dalam satu mesyuarat telah memutuskan untuk menolak hukuman hudud yang bakal dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

Memetik kenyataan ‘sumber’, artikel berkenaan mendakwa, satu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang diadakan paa 11 Mac lalu menolak cadangan meminda akta bagi memboleh pelaksanaan Hudud dilaksanakan kerajaan Kelantan.