CYBERJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery
Cheek yakin rakyat akan memahami kepentingan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) apabila ia dilaksanakan pada 1 April ini.
Beliau berkata, tanggapan negatif tentang GST timbul kerana kurangnya pemahaman orang ramai mengenai percukaian selain tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah berkaitan implikasi GST terhadap kos sara hidup.
"Banyak perkara lebih mudah difahami setelah dilaksanakan. Setakat cakap teori, ia sukar difahami seperti memandu kereta.
"Lebih-lebih lagi, ia (GST) berjaya dilaksanakan di 160 negara termasuk negara Islam," katanya selepas merasmikan TSG International (TSGi) Cyberport, sebuah pusat telekomunikasi penyiaran dan pusat data bersepadu rangkaian bebas pertama di Malaysia, di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan pihak yang menyerbu kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya semalam kerana membantah GST semalam.
Ahmad Shabery berkata, rakyat perlu tahu bahawa asas ekonomi negara dapat diperkukuh lagi menerusi pelaksanaan GST kerana ia menjadikan kutipan cukai lebih cekap, sekali gus menjana hasil yang lebih besar serta merangsang pertumbuhan.
"Setiap wang yang diperolehi bukan untuk kerajaan atau pemimpin, tetapi ia akan dikembalikan kepada rakyat. Setiap kutipan cukai terbabit akan diproses dan dikembalikan semula kepada rakyat.
"Rakyat mahukan pendidikan, sistem komunikasi dan kesihatan yang lebih baik. Rakyat akan marah kalau pembetungan tidak dibuat, longkang tidak dibesarkan, tahap pendidikan berada di tahap bawah," katanya.
Namun, katanya rakyat juga perlu tahu bahawa untuk memenuhi tuntutan itu, kerajaan memerlukan wang dan GST dapat meluaskan pendapatan negara.
"Beberapa juta orang datang ke Malaysia mencari pekerjaan, tapi tidak pernah mengisytiharkan cukai atau membayar kadar yang lebih rendah yang sepatutnya.
Sekarang, dengan pelaksanaan GST, mereka tidak boleh lari daripada tidak bayar cukai," katanya.
Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kadarnya 16 peratus. - Bernama