GEORGETOWN - Lelong motosikal dengan harga serendah RM350 dalam laman sosial, Facebook.
Itu modus operandi yang digunakan seorang remaja lelaki untuk melupuskan motosikal yang dicuri.
Bagaimanapun, kegiatan remaja berusia 19 tahun itu tidak berpanjangan apabila berjaya dihidu polis dan ditahan ketika berurusan dengan pelanggan di Pulau Tikus, di sini pada 9 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati remaja berkenaan terlibat beberapa kes curi motosikal di sekitar daerah ini dan mempromosikan jualannya melalui akaun Facebooknya.
Beliau berkata, suspek akan berhubung dengan pembeli dan mengaturkan pertemuan bagi meneruskan urusan jual beli.
"Suspek pernah mencuri 17 motosikal sebelum ini dan menjual dengan harga RM350 sehingga RM1,500.
"Polis berjaya menjumpai semula 10 motosikal yang dicuri suspek yang dianggarkan bernilai RM10,000," katanya pada sidang media selepas menghadiri perbarisan peringatan hari polis ke 208 peringkat daerah Timur Laut, hari ini.
Mior Farid berkata, siasatan mendapati remaja berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga negatif dari pengaruh dadah.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
"Remaja itu dibawa ke mahkamah pagi tadi atas kesalahan mencuri," katanya. -Sinar Harian