JITRA - Gerak-geri seorang remaja lelaki yang mencurigakan berakhir
dengan penemuan sejumlah dadah ketika ditahan anggota polis dalam
kejadian di belakang Taman Gemilang, di sini, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, suspek dikesan dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu yang bertugas kira-kira jam 6.45 petang.
Menurutnya, anggota tersebut melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dan memperkenalkan diri sebagai polis.
“Bagaimanapun suspek bertindak melarikan diri untuk mengelak daripada ditahan. Anggota kita terus mengejar dan berjaya menangkap suspek.
“Hasil pemeriksaan ke atas suspek, kita menemui tujuh paket plastik lut sinar yang mengandungi dadah disyaki jenis syabu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Difahamkan, remaja berusia 18 tahun itu berasal dari Tunjang, dekat sini, disyaki menjalankan aktiviti mengedar dadah di sekitar Jitra.
Abd Rahim berkata, dadah yang dirampas daripada suspek dianggarkan seberat 4.58 gram yang diisi dalam tujuh plastik tersebut.
“Suspek dibawa ke IPD Kubang Pasu untuk tindakan lanjut dan akan menjalani perintah reman selama empat hari bermula hari ini (semalam).
“Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta dadah berbahaya 1952 kerana disyaki memiliki dadah,” katanya. -Sinar Harian