Susulan dari laporan media mengenai siaran analog RTM yang bakal membuatkan Astro
berisiko bankrap, ramai rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur dan
mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary atas
inisiatif beliau untuk memperkasa siaran RTM menerusi MyTV.
Tidak kurang dari itu, ramai juga yang tidak sabar menantikan siaran analog RTM
tersebut bermula dan bertanya mengenai rupa dekoder MyTV serta harga
yang dikenakan untuk melanggan siaran itu nanti.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, maklumat yang diberikan oleh pihak
RTM menjelaskan bahawa MyTV akan mula beroperasi seawal Jun tahun ini, bermula dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Manakala Dekoder untuk siaran analog HD yang dibekalkan oleh MyTV
Broadcasting itu pula akan dijual dengan harga RM200.
Selain itu, sebanyak 2 juta
dekoder percuma turut yang akan dibekalkan secara percuma kepada penerima BR1M yang
dikenalpasti sebagai rakyat yang kurang berkemampuan.
Difahamkan juga bahawa di antara 80 saluran definasi tinggi (HD) akan dibekalkan secara percuma oleh RTM itu akan merangkumi saluran bagi
negeri-negeri secara individu sebagaimana saluran radio negeri yang
bersiaran selama ini.
Itu membawa maksud bahawa setiap negeri akan mempunyai saluran televisyen khas mereka yang akan
digunakan untuk menyampaikan berita-berita serta perkembangan tempatan mengikut negeri masing-masing.
Turut difahamkan juga bahawa Syed Mokhtar telah melabur sebanyak RM2 bilion melalui Puncak
Semangat Sdn Bhd sebagai perbelanjaan modal, manakala sebanyak RM2.5 bilion lagi
akan dilaburkan bagi permulaan perbelanjaan operasi.
Pelaburan modal itu meliputi pembangunan Hab Penyiaran Media Digital
(DMBH), Pusat Pemulihan Bencana (DRC), pembinaan enam pusat panggilan
serantau dan lapan pusat perhubungan pelanggan, menaik taraf dan
memasang 60 pemancar di kawasan utama termasuk 32 di Semenanjung, manakala
bakinya di Sabah dan Sarawak.
Pelaburan itu juga diperuntukkan bagi merapatkan jurang liputan di 30
kawasan kecil seluruh negara.
Ia dikatakan bakal meliputi bantuan untuk mendapatkan
perkhidmatan daripada penyedia rangkaian, transponder satelit, dekoder
serta antena mudah alih (CPE).
Jadi, dengan adanya pilihan saluran TV percuma berkualiti oleh RTM/MyTV
ini nanti, dijangka rakyat Malaysia tidak lagi perlu bergantung kepada Astro
semata-mata untuk menikmati siaran berdefinisi tinggi.
Malah rakyat
Malaysia juga dikatakan tidak lagi perlu terbeban dengan yuran bulanan yang mahal
semata-mata untuk bersantai bersama keluarga. -Kedahnews.com