ROY menyiang dan memotong bangkai buaya untuk dibawa pulang |
Jauh dalam sebuah hutan di Australia, bapa dan anak, Roy dan Marcus Gaykamangu, melakukan antara kerja yang paling berbahaya di dunia-memburu buaya.
Suasana hari itu sungguh sepi, kecuali bunyi kicauan burung.
Tiba-tiba Marcus menjerit-"Itu dia!"
Tidak ada apa yang kelihatan di sebalik air berlumpur. Tetapi mereka berlari, melintasi sekumpulan kerbau sambil Roy mengacu senapang.
Kemudian, dia berundur setapak dan melepaskan tembakan.
Seekor buaya timbul di permukaan air.
BAPA dan anak bangga dengan hasil buruan mereka. |
Ia sebahagian daripada kehidupan seharian Roy dan pribumi Australia lain di Tanah Simpan Anrhem atau digelar 'Top End,' kawasan paling utara di Australia,
Kawasan ini yang seluas 97,000 kilometer persegi mempunyai populasi 16,000 orang, lebih dekat dengan Bali berbanding Sydney.
Memburu buaya sudah menjadi darah daging Roy Dia mewarisi pekerjaan dan kemahiran itu daripada nenek moyangnya.
BANGKAI itu kemudian dipikulnya ke darat. |
Panas terik dan suhu yang sering mencecah 40 darjah Celsius di kawasan itu tidak menjadi penghalang.
Roy mengangkat bangkai sang bedal yang baru ditembaknya sementara Marcus memerhatikan keadaan sekeliling.
Tidak jauh dari mereka, air kelihatan berkocak. Tiba-tiba Marcus menerkam dan dari dalam air itu dia menarik seekor lagi buaya, kali ini yang kecil.
Masalah Roy sekarang ialah membawa bangkai buaya yang besar itu.
Tetapi, seperti kebiasaannya, dia menyiang bangkai buaya yang berjaya diperolehnya.
Dalam masa yang singkat, dia berjaya memotong bangkai itu kepada bahagian lebih kecil.
"Lebih mudah membawa mereka tanpa kulit," kata Roy.
DENGAN mengguna kayu, Roy memujuk seekor buaya supaya keluar ke kawasan terbuka supaya dia mudah menembaknya. |
Anak buaya yang ditangkap Marcus pula dibawa pulang hidup-hidup.
Sebelum meninggalkan kawasan itu, Roy membungkus usus dan bahagian dalam mangsanya dengan daun.
"Semua yang boleh dimakan akan dibawa pulang. Tidak boleh membazir," katanya sambil dia dan anaknya berjalan menuju ke kereta mereka.