Belum pun kad micro-SD 128GB menjadi standard, Sandisk tidak menunggu lama apabila dilapor telah mengeluarkan kad micro dengan kapasiti lebih besar bagi pengguna mereka.
Bersempena acara MWC 2015 baru-baru ini, kad microSD terbaru keluaran Sandisk buat pertama kalinya
telah mencipta rekod apabila kapasiti yang ditawarkan sebesar 200 GB.
Sebelum ini, ramai pihak mendakwa bahawa teknologi mencipta kas microSD 200 GB dianggap mustahil untuk
direalisasikan.
Namun kini, selain menawarkan dua kali ganda kapasiti sedia ada, kad mikro-SD dengan
storan 200GB itu juga turut punyai sokongan masa pemindahan fail sehingga
90Mbps, selain kalis air, cuaca dan magnet.
Bagaimanapun, harga jualannya yang mencecah USD 400 atau RM 1,460 boleh dikatakan terlalu tinggi bagi pengguna biasa seperti kita.
Justeru itu, anda mungkin perlu menunggu beberapa tahun lagi sebelum ia menjadi standard dan harganya akan jatuh sedikit sebagaimana kad-kad memori sebelum ini, kan? - Kedahnews.com