KUALA LUMPUR – Penolong Setiausaha Publisiti DAP,
Zairil Khir Johari menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali meminta maaf atas kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang di atas kenyataannya terhadap Presiden PAS itu sebelum ini.
“Saya tidak akan meminta maaf kepada Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” tegas Zairil dalam satu kenyataan.
Zairil turut menegaskan bahawa tetap dengan pendiriannya bahawa Abdul Hadi telah
melakukan banyak pengkhianatan ke atas Pakatan Rakyat dengan harapan
untuk memecahbelahkan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, Presiden PAS turut mengkhianati 52 peratus pengundi yang memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
“Saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tiada masa depan jika Abdul
hadi terus mengetuai PAS. Hipotesis ini berdasarkan banyak tindak tanduk
pengkhianatan beliau termasuk dalam isu jawatan Menteri Besar
Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zairil berkata, pengkhianatan Abdul Hadi juga terbukti apabila sebanyak
sebanyak enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi
Parlimen menyaksikan pertandingan sesama sendiri antara PAS dan PKR
disebabkan Presiden PAS menyebabkan ia dimenangi oleh Barisan Nasional
(BN).
Selain itu, dia turut mendakwa bahawa surat bantahan oleh PAS Pusat ke atas
kenyataannya berhubung Abdul Hadi ditandatangani oleh Setiausaha Agung
PAS, Datuk Mustafa Ali, bukan Presiden PAS.
“Saya tidak pernah memohon maaf kepada Abdul Hadi saya kekal dengan kenyataan saya berhubung Presiden PAS itu,” tegas Zairil. -Kedahnews.com