Sebelum Ini Tun M, Kini Giliran Ustaz Kazim Pula Beraksi..!

Amboi... Ustaz Kazim ke Langkawi baru-baru ini, tidak ajak kita sekali noooo...
Siapa sangka pendakwah dan penceramah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) bukan sahaja pandai berjenaka ketika menyampaikan ceramah tetapi juga begitu "spotting" pandai beraksi sewaktu di depan kamera.

Jika sebelum ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beraksi di situ, kini giliran DUKE pula. Lihat sajalah aksi beliau ketika mengunjungi muzium 3D di Langkawi, baru-baru ini.


Melalui beberapa gambar yang dikongsikan, terserlah personaliti DUKE yang sentiasa ceria dan suka bergurau senda, namun tidak melampau seperti sesetengah penceramah lain.

Muzium yang dinamakan 3D Art Of Paradise Langkawi merupakan muzium tiga dimensi yang kedua terbesar di dunia yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir yang sebelum ini bertanggungjawab memajukan pulau Mahsuri itu. -Kedahnews.com