PEKAN – Tandas awam di seluruh Pahang akan diberi penarafan bintang
selepas pengauditan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan bagi menilai tahap
kebersihan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Dr Zainal Ariffin
Omar.
Beliau berkata jabatannya mengambil inisiatif untuk mengaudit tahap
kebersihan tandas awam secara berkala berikutan masih banyak aduan
tentang tandas tidak terurus.
“Pengauditan lebih kurang 400 tandas awam ini akan diadakan selewat-lewatnya bulan hadapan.
“Melalui kajian audit yang julung kali dijalankan ini, kami akan
memberi taraf kebersihan tandas tersebut mengikut penarafan bintang,”
katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Kempen Tandas Bersih dan
Selamat di Fasiliti Kesihatan peringkat negeri di sini, semalam.
Katanya walaupun pelbagai program tandas bersih telah dilaksanakan namun
masih banyak aduan diterima daripada orang awam tentang tandas tidak
terurus. – BERNAMA