ALOR SETAR - Korea Selatan telah diumumkan sebagai negara yang mempunyai capaian Internet
terpantas di seluruh dunia menurut laporan yang dikeluarkan oleh Akamai State of the Internet, baru-baru ini.
Kelajuan internet di Korea dikatakan mencapai 22.2 Mbps, meningkat sebanyak 1.6 peratus berbanding pada tahun sebelumnya.
Sementara itu, kepantasan capaian internet di Hong Kong pula meningkat
daripada penggal sebelumnya sebanyak 3.6 peratus dengan kadar kecepatan
sebanyak 16.8 peratus dicatatkan oleh negara itu.
Jepun pula menduduki tangga ketiga negara yang mempunyai kepantasan internet paling laju dengan kenaikan capaian sebanyak satu peratus.
Antara negara-negara lain yang termasuk dalam senarai 10 terpantas
itu adalah Sweden, Switzerland, Belanda, Latvia, Ireland, Republik Czech
dan Finland. – Kedahnews.com