KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul
Aziz menegaskan bahawa sesiapa saja yang mahu keluar dari Pakatan Rakyat adalah dipersilakan keluar sebagaimana yang dimahukan.
Mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan
Eng yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang gara-gara isu hudud yang hangat diperkata, Nik Abduh menjelaskan PAS tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat.
"Siapa nak keluar Pakatan, dialah (yang patut) keluar!
"Sebelum ini, PAS sudah berkali-kali tegaskan bahawa parti ini tidak akan tinggalkan Pakatan Rakyat kerana kami cintakan negara dan perikatan ini.
"Kami tak akan keluar. Seperti yang kita nyatakan sebelum ini, PAS tidak akan tinggalkan pakatan," katanya dalam satu kenyataan kepada media ketika ditemui di lobi Parlimen siang tadi.

Guan Eng hari ini mengeluarkan kenyataan keras menggesa Abdul Hadi supaya
keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya bertegas mahu membentangkan Rang Undang-undang
Persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat.
Anak Lim Kit Siang itu mendakwa Abdul Hadi tidak bermaruah dan tidak jujur apabila memungkiri janji terhadap Pakatan Rakyat dan beliau turut mengumumkan akan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS itu.
Nik Abduh berkata, DAP patut tidak menjadikan hudud sebagai "kambing hitam" dan alasan untuk Pakatan Rakyat berpecah kerana hukum hudud tidak zalim sama sekali.

"Saya sudah sebut kepada pimpinan DAP, jangan jadikan hudud sebagai alasan untuk Pakatan Rakyat berpecah.
"DAP sekarang sedang menipu rakyat negara ini untuk menolak PAS dengan cara yang tidak betul; iaitu dengan menggunakan hudud. Hudud ini seperti yang kita tahu, bersifat tidak zalim. Kalau hudud ini zalim bolehlah kita berpecah," tegas anak Allahyarham Nik Abdul Aziz itu. -Kedahnews.com