POKOK SENA - Seorang suri rumah mengalami kecederaan apabila motosikal
yang ditungganginya terlanggar seekor babi hutan di Kampung Tok Kun,
Mukim Bukit Lada, semalam.
Dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa, Suhaila Che Mat, 38, baru pulang menghantar anaknya dari sekolah berdekatan.
Menurutnya, ketika sampai di kampung itu tiba-tiba seekor babi hutan keluar meluru sebelum dilanggar motosikal ditunggangnya.
"Akibat pelanggaran itu, motosikal yang saya tunggang berpusing dan membuatkan saya tercampak sebelum jatuh di atas jalan.
“Saiz babi hutan itu sangat besar tetapi bernasib baik haiwan tersebut tidak menyerang saya sebaliknya terus beredar sebelum orang kampung dari kebun getah berhampiran memberi bantuan serta menghantar saya pulang ke rumah,” katanya.

Suhaila berkata, dia mendapatkan rawatan di klinik berdekatan kerana mengalami kecederaan di dagu, muka dan kaki.
Jelasnya, babi tersebut dikatakan baru keluar dari kawasan itu selepas makan ubi kayu ditanam penduduk.
“Selepas saya dibawa pulang, penduduk ternampak beberapa ekor babi hutan lagi telah keluar dari tempat yang sama dan nasib baiklah binatang itu tidak keluar semasa saya mengalami kemalangan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Tok Kun, Jamaludin Saleh berkata, walaupun kejadian itu pertama kali berlaku tetapi babi hutan sering mengancam kehidupan penduduk kampung itu.
Katanya, banyak hasil tanaman penduduk dirosakkan haiwan itu dan pernah berlaku babi hutan masuk ke rumah orang melalui pintu belakang sebelum keluar melalui pintu hadapan.
“Saya merayu kepada Jabatan Perhilitan Kedah agar mengatasi masalah haiwan liar berkenaan yang semakin banyak hingga mengancam nyawa penduduk kampung ini,” katanya. -Sinar Harian