Tambang Baru Teksi Diteruskan, Namun REL Dan Bas Ekspres Tunda

PUTRAJAYA – Merujuk kepada keputusan Jemaah Menteri pada 20 Mac 2015 yang lalu, dimaklumkan bahawa pelaksanaan semakan tambang baru untuk perkhidmatan bas ekspress dan rel telah ditunda ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri juga, semakan tambang baru untuk perkhidmatan teksi sepertimana yang telah diumumkan pada19 Mac 2015 akan diteruskan pelaksanaannya.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) ditalian 03-2726 7000 atau emel ke communications@spad.gov.my.

YB HAJAH NANCY SHUKRI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri