ALOR SETAR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pada seluruh pemimpin, ahli dan para penyokong UMNO supaya tidak menjadi "jemuan" yang bakal merosak dan menggugat perpaduan di dalam parti keramat bangsa Melayu itu.
Tegas Najib, golongan ini menjadi pembodek, mengadu domba dan memperbesar peselisihan faham yang kecil sehingga berlakunya salah faham serta menyebabkan pepecahan di dalam parti tersebut sebelum ini.
"Jemuan lebih teruk dari tukang kipas batu 'ronsen"!
"Inilah yang ada di keliling kita, mengadu dombakan kita, sehingga perselisihan faham itu diperbesarkan menggugat perpaduan di dalam UMNO,"
"Tak ada jemuan-jemuan macam ini, pasti UMNO dan Barisan (Nasional) akan menang semula di negeri Kedah ini," kata Najib ketika menyampaikan ucapan merasmikan Konvensyen UMNO Negeri Kedah 2015, di sini, semalam.
Malah kata Presiden UMNO, itulah mesej utama yang mahu disampaikan beliau di konvensyen berkenaan dan secara berseloroh menegaskan ia lebih penting berbanding projek lapangan terbang baru di Kulim yang dicadangkan Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini.
"Itu mesej utama saya, itu lebih besar daripada lapangan terbang Kulim yang baru," katanya yang mendapat sorakan sokongan hadirin yang menggamatkan dewan TH Hotel & Convention Centre, di sini.
Perdana Menteri turut memberi amaran supaya seluruh warga UMNO, khususnya di Kedah supaya meninggalkan budaya "cantas-mencantas" yang disifatkan sebagai satu kesilapan silam yang wajib ditinggalkan sepenuhnya demi kesinambungan perjuangan parti itu pada masa akan datang.
"Jangan cantas-mencantas antara satu sama lain, jangan wujud dua pasukan dalam bahagian (UMNO), sehingga kita serba salah.. nak pilih A, B tentang... pilih B, A tentang... pilih C, A tentang, B tentang.
"Inilah antaranya yang mesti kita pastikan jangan kita mengulangi kesilapan-kesilapan seperti ini pada masa-masa yang akan datang," tegas Perdana Menteri yang menerima tepukan dan sorakan gemuruh dari warga UMNO Kedah yang hadir di majlis berkenaan.
Selain itu, Najib turut menekankan tentang jatidiri perjuangan di kalangan pemimpin UMNO itu supaya mementingkan kepentingan UMNO melebihi kepentingan politik diri sendiri dan jawatan politik.
"Kita tanya pada diri kita... kita nak pentingkan UMNO, atau kita nak pentingkan diri dan kuasa kita? Kita nak pentingkan UMNO terus berkuasa, atau kita sekadar nak menang jawatan Ketua UMNO Bahagian?," ujar beliau.
Turut hadir di konvensyen berkenaan ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta barisan kepimpinan UMNO Negeri yang lain.
Selain itu, turut hadir adalah ketua-ketua UMNO Bahagian, ketua-ketua sayap Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah dan ketua-ketua petia undi di seluruh negeri Jelapang Padi itu. -Kedahnews.com