BELUM pun surut konflik Shila Amzah dengan beberapa wartawan hiburan
tempatan, timbul pula berita kurang enak mengenai pelantun Patah Seribu
ini.
Secara tiba-tiba khabar angin mendakwa Shila Amzah digam pihak televisyen di China bertiup kencang.
Insiden ini muncul apabila seorang peminat hiburan di forum Cari
mendakwa gosip itu berlegar dalam forum negara berkenaan (China).
Menjawab isu ini, bapa Shila iaitu ND Lala tampil menyangkal dakwaan khabar angin yang tersebar mengenai anaknya itu.
"Bagi saya, semua orang mempunyai kebebasan untuk berkata-kata.
"Contohnya ketika insiden MH370 tahun lalu, ramai orang kata Shila tidak
diterima di China sedangkan kami dilayan sangat baik. Begitu juga dengan
perkara ini.
"Kadang-kala orang yang menyebarkan perkara
ini, mereka ada agenda tersendiri. Lagipun perkara sebegini bukan
perkara baru. Usaha yang lebih terarah kepada perkara negatif ini sudah
lama berlaku,” kata ND Lala.
Jelasnya lagi, pada Sabtu ini Shila akan bertolak ke China bagi mengadakan persembahan di Beijing TV.