AKSI berani aktres jelita Diana Danielle tampil seksi dengan mengenakan
pakaian dalam hingga mendedahkan bahagian perutnya dalam sebuah majalah
mengundang kecaman dan kritikan masyarakat Malaysia.
Bagaimanapun isteri pelakon terkenal, Farid Kamil ini dilihat masih
berdiam diri dan enggan memberi sebarang komen perihal gambar
kontroversi tersebut.
Terbaharu, dalam laman Instagramnya Diana memuat naik ayat sinikal seolah-olah menjawab isu gambar coli tersebut iaitu “Freedom Is Being You, Without Anyone’s Permission (Kebebasan bermakna kamu boleh menjadi diri sendiri tanpa perlu meminta keizinan sesiapa).
Perghhh… sinis dan pedas jugak kata-kata yang dimuatnaik ibu kepada Muhammad ini.
Agaknya Diana terlalu tertekan dengan komen
dan pelbagai persepsi negatif yang diterima ekoran kontroversi seksinya
itu hingga tampil dengan kata-kata tersebut.
Pun begitu, tindakan Diana menjawab dalam
laman Instagramnya ini membuatkan sesetengah peminat meluahkan kesalan
kerana ia seolah-olah melambangkan dirinya langsung tak boleh ditegur
dan dinasihati.
Apatah lagi, aksinya yang tampil
cuma bercoli dan bersalut bendera Amerika Syarikat ini jelas
bertentangan dengan hukum agama dan budaya Malaysia.
Kita memang tiada hak untuk menghukum
tetapi sudah menjadi kewajipan untuk menegur perbuatan yang salah
sekurang-kurangnya sebagai sesama Islam.