PADANG TERAP - Tiga beranak dari Taman Bersatu, Kuala Nerang yang baru
pulang menunaikan umrah 22 Mac lalu reda dengan penyakit yang mereka
hadapi selepas dipercayai mengalami gejala Influenza Like Illness (ILI).
Noraini Omar, 28, berkata, kedua ibu bapanya Omar Ismail, 56, dan Rohaya Ghazali, 53, serta adik bongsunya, Norhamizan, 18, bertolak ke Makkah pada 12 Mac lalu.
"Semasa di Makkah, keluarga saya masih lagi sihat dan dapat melakukan umrah dengan baik sehinggalah sampai di Madinah mereka mula batuk selain badan mula berasa lemah," katanya.
Menurutnya, rombongan mereka turut melawat beberapa tempat sejarah dan hanya melalui sahaja ladang unta serta tidak berhenti kerana mendapat arahan ketua rombongan bahawa unta di situ telah dijangkiti penyakit.
"Bila selesai buat umrah dan dalam perjalanan ke Madinah, ibu ayah rasa letih dan batuk-batuk serta demam sehinggalah mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 22 Mac lalu.
"Tapi bila sampai rumah, kesihatan mereka semakin teruk sehinggalah terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Nerang bagi mendapatkan rawatan," katanya.
Katanya, apabila tiba di hospital, keluarganya ditahan dan pada jam 11 malam mereka dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di wad isolasi untuk rawatan selanjutnya.
"Malam itu juga saya difahamkan ramai penduduk Kuala Nerang yang baru pulang mengerjakan umrah dibawa ke hospital sebab hadapi masalah penyakit sama.
"Bagaimanapun pada hari ini (semalam), doktor telah benarkan ibu dan adik pulang kerana kesihatan mereka semakin pulih kecuali ayah yang masih lagi dirawat serta mendapat pemerhatian Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit," katanya. -Sinar Harian