BAGAIKAN sebatang pokok, mulanya bertunas halus, lemah dan mudah sahaja dipangkas, kemudian si pokok menjadi gagah perkasa. Kalau bukan parang atau kapak yang tajam sukar sekali mahu menjatuhkan keteguhan si pokok.
Setelah lama masa berlalu, daunnya mulai gugur, buahnya pun sudah jarang berhasil, batangnya kian rapuh senang dipatahkan. Di kala itu, ia menjadi tanda si pokok sudah hampir menemui ajalnya.
Begitulah juga hakikat seorang manusia. Mulanya lemah sehingga tidak mampu mengurus kencing berak sendiri, kemudian setelah meningkat remaja dan dewasa dia berdiri megah dengan fizikal perkasa.
Setelah umur melebihi angka 50, badan mulai lemah dan rambut putih mulai menakluki kepala. Mahu tidak mahu, suka atau tidak, tiga peringkat (lemah-kuat-lemah beruban) ini adalah pakej kejadian manusia jika mereka dipanjangkan umur.
Firman Allah yang bermaksud:
Dalam surah kegemaran sesetengah orang Melayu juga Allah menegaskan perkara yang sama yang bermaksud:
Ayat tersebut sepatutnya menjadi khat hiasan dinding di rumah umat Islam bagi sentiasa mengingatkan mereka bahawa hidup di dunia ini adalah persinggahan ke alam akhirat yang lebih kekal abadi.
Jika manusia sentiasa sedar dengan ayat ini, pastinya penjual produk kosmetik antipenuaan terpaksa bungkus perniagaan mereka. -Utusan

Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, dan Dialah jua yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. (al-Rum: 54)Pada sudut ilmu qiraat, menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim, aliran Syatibiyyah iaitu aliran bacaan al-Quran rakyat Malaysia tiga perkataan (dhod ain fa) dalam ayat di atas boleh dibaca dengan baris atas atau baris hadapan (dhod ain fa). Walaupun yang tertulis adalah baris atas, riwayat membenarkan ia dibaca dengan baris hadapan dan ia perlu diseragamkan dengan satu baris sahaja pada ketiga-tiga perkataan tersebut.
Dalam surah kegemaran sesetengah orang Melayu juga Allah menegaskan perkara yang sama yang bermaksud:
Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (Yasin: 68)Kejadian manusia yang melalui tiga tahap itu bukan berlaku secara semula jadi tanpa kuasa mutlak yang bernama Allah SWT. Perkembangan itu juga menjadi bukti bahawa manusia sebenarnya sangat lemah dan hidup ini tidak kekal.