Dipercayai, lelaki yang memukulnya merupakan bekas suami kepada wanita dalam satu ‘drama cinta tiga segi’ melibatkan mereka.
Berdasarkan komen ditinggalkan pengguna Facebook lain, wanita
tersebut dikatakan masih lagi dalam tempoh edah selepas bercerai dengan
bekas suaminya.
Bekas suami wanita terbabit dikatakan tidak dapat menerima sikap
bekas isterinya yang tidak menghormati tempoh edah apabila didapati
menjalin hubungan dengan lelaki lain.
Dalam pergelutan yang dirakam ini, pihak berkuasa juga seakan tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak faham situasi sebenar.
Pada kami, walaupun wanita terbabit mungkin tidak akan menerima
kembali bekas suaminya, dia sepatutnya menghormati tempoh edah yang
digariskan dalam hukum Islam.
Manakala bekas suami wanita terbabit pula, sepatutnya tak usah ambil
peduli lagi kerana sudah terang lagi bersuluh, tiada guna untuk dia
meneruskan ikatan berdasarkan apa yang telah diperlihatkan kepadanya! -Mynewshub.cc