Video Epik: Cara Sahabat Henti Rakan Baik Sedang Merokok...

Tidak semua pihak suka dengan perokok, khususnya apabila mereka mula hisap rokok sambil hembus asap berkepul-kepul keluar dari mulut. Sesak nafas dibuatnya...

Namun tidak ramai juga tahu bahawa kebanyakan perokok sebenarnya sangat teringin untuk berhenti merokok, tapi mereka tidak dapat menahan ketagihan menyedut asap rokok selepas makan, ketika "melepas hajat" di tandas, mencari ilham atau ketika sedang stress.

Sebagai seorang sahabat baik, adalah menjadi tugas untuk menasihati rakan-rakan mengenai tabiat yang tidak elok atau boleh membahayakan diri sendiri, termasuk merokok.

Tapi, idea seorang lelaki menasihati sahabat baiknya seperti yang terpapar pada video dibawah ini sangat epik! Hinggakan mampu membuat tersenyum sumbing menontonnya...

Epiknya bila menyaksikan lelaki itu selamba menghalang rakannya merokok dengan menembak air kearahnya dengan menggunakan pistol air hingga padam rokok dijari!

Apapun, Kedahnews.com menyarankan cara ini untuk dipraktikkan oleh seorang sahabat yang benar-benar rapat dan baik dengan perokok yang bakal ditembak nanti.

Kalau tidak terlalu rapat atau baik dengan perokok berkenaan, tidak perlulah buat begitu. Bukan apa, risau juga jika ada yang dapat "lempang" percuma nanti, kan? - Kedahnews.com