SEORANG wanita yang bertindak pantas menyelamatkan seorang penunggang
motosikal terbabit kemalangan daripada maut di jalanraya, mencetuskan
sensasi Internet di Thailand.
Kejadian petang Isnin minggu lepas yang berlaku di Jalan Rama 9,
Bangkok itu dirakam salah seorang saksi sebelum ia dimuat naik ke laman
sosial dan menjadi viral.
Rata-rata netizen kagum dengan semangat wanita cantik tersebut hingga ada yang menggelarnya ‘angel’ kerana sanggup bersusah demi menyelamatkan nyawa manusia lain yang tak dikenali.
Difahamkan, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa
menghentam belakang trak, membuatkan lehernya cedera parah terhiris kaca
kenderaan.
Saksi kejadian berkata, darah membuak-buak keluar dari lehernya dan
jika wanita itu tidak segera membantu kemungkinan besar, mangsa
kemalangan terbabit sudah maut akibat kehilangan darah.
Dalam usaha membantu menghentikan pendarahan, wanita itu dikatakan
tidak peduli lututnya yang cedera terkena kaca yang berserakan di atas
jalan raya.
Setelah dirisik, netizen akhirnya mengenalpasti ‘angel’ itu adalah Praewa Mitrakul, pensyarah perubatan di Universiti Mahidol, Bangkok.
Oh… patutlah wanita itu kelihatan cekap mengendalikan keadaan.
Harus diingat membantu mangsa kemalangan sememangnya perbuatan mulia
namun pada masa sama, seseorang itu perlukan kepakaran untuk
melakukannya kerana jika tidak, dibimbangi ia boleh menambahkan lagi
kecederaan dalaman dialami mangsa.
*Amaran: video di bawah mempunyai imej yang mungkin agak mengerikan bagi sesetengah penonton.
Sumber: Mynewshub.cc