Video: Lelaki Terima Padah, Sengaja Tendang Wanita Dari Belakang

Seorang lelaki yang sengaja menendang seorang wanita di tepi jalan di Sepanyol, ditahan pihak polis serta-merta selepas video perlakuannya itu tersebar selepas dimuatnaik oleh kawannya.

Dalam video berkenaan, Mario Garcia Montealegre, 24, yang berada di Barcelona ketika itu, sempat  mengira menggunakan jari sebelum bertindak melakukan perbuatan bodoh tidak bermanfaat itu.

Selepas rakaman tersebut viral di media sosial, pihak polis Sepanyol telah memohon orang ramai membantu siasatan mereka dengan memberi informasi bagi mengenalpasti suspek berkenaan.

Namun belum sempat pun siasatan bermula, Mario terlebih dahulu bertindak menyerah diri di balai polis berdekatan.

Mangsa yang tidak didedahkan identiti dirinya, dipercayai seorang wanita berusia 48 tahun yang ;telah membuat laporan polis selepas kejadian itu.

Rasanya memang patut ditangkap pun. Dia fikir lawak sangat tendang wanita macam tu? Tak bertamadun langsung, kan? - Kedahnews.com