Sangat menyentuh jiwa dan hati kecil yang paling dalam, mungkin itulah ungkapan yang dapat diterjemahkan selepas menonton video di bawah ini.
Emosi bercampur baur kerana tindakan sebuah syarikat telekomunikasi dunia, Samsung dengan orang ramai
yang merancang memberi kejutan hari yang penuh ‘istimewa’ untuk seorang
lelaki yang cacat pendengarannya di Istanbul, Turki.
Mereka telah membuat persediaan selama sebulan bagi menghadiahkan satu hari yang terbaik untuk lelaki yang bernama Muharram itu.
Hanya kerana satu hari yang membahagiakan Muharram, orang ramai di sekitar ibu negara Turki itu sanggup mempelajari bahasa isyarat supaya dapat
berkomunikasi dengannya tanpa rasa kekok dan selamba.
Kita yang sempurna pendengaran pasti gembira kerana hidup di kalangan
masyarakat yang normal seperti kita, jadi tidak salah sekiranya kita
kongsi nikmat yang dirasai itu bersama orang yang kurang bernasib baik
seperti Muharram dengan menjadi sebahagian daripadanya, kan?
Jika semua orang miliki sifat prihatin dan mulia seperti ini, pasti hidup akan lebih bermakna dan bahagia.
Justeru, Kedahnews.com mengucapkan syabas dan tahniah kepada Samsung serta orang ramai yang bukan saja telah berjaya menyentuh hati Muharram, malah insan-insan di seluruh dunia yang masih percaya pada nilai pada golongan yang kurang bernasib baik.
Jom saksikan video yang mengharukan itu...- Kedahnews.com