Ngeri... |
Sebuah video memaparkan saat mengerikan seorang wanita yang sedang melakukan senaman
ketahanan kaki namun mengalami situasi mencemaskan apabila kedua-dua
belah kakinya patah ini telah viral di laman Youtube baru-baru ini.
Mengerikan, difahamkan bahawa kemungkinan wanita yang tidak dikenali di dalam video berkenaan sedang mencuba sejenis alat senaman di kompleks membeli belah sebelum menjerit dan menangis apabila kakinya terbengkok ke arah berlawanan!
Tujuan senaman tersebut sebenarnya adalah untuk menguji ketahanan serta kekuatan kaki individu dengan menggunakan kaedah ‘leg press.’
Alat itu memerlukan seseorang menolak jumlah berat yang termampu bagi
menguatkan otot-otot kaki namun wanita terbabit membiarkan kakinya
dalam keadaan ‘berehat’ selepas menolak alat itu hingga menyebabkan
kedua-dua belah kakinya patah.
Justeru itu Kedahnews.com berpesan supaya para pengguna tidak mengambil mudah penggunaan peralatan di gimnasium yang anda pergi kerana alat-alat tersebut memerlukan kemahiran dan pengetahuan khusus untuk menggunakannya.
Jangan tunjuk lagak pandai sekiranya tidak tahu, lebih baik tanya serta dipantau oleh pelatih dan sentiasa berhati-hati, okey?
Kepada mereka yang kurang kuat semangat dinasihatkan supaya mengelak dari menonton video dibawah ini, takut-takut pitam pula nanti selepas tengok kejadian yang menimpa wanita tersebut. -Kedahnews.com