Semenanjung Gaza – Dia baru berusia 21 tahun, namun Naeema sudah
melahirkan 11 anak termasuk kembar lima yang semuanya berusia bawah
tujuh tahun.
Naeema yang sudah berkahwin dengan suaminya, Raad, 25, sejak tujuh tahun lalu, berkata dia sebenarnya hanya mahukan lima anak.
“Percayalah, saya tidak langsung ingin terus mengandung dan
melahirkan anak. Saya mahukan hanya lima, seperti wanita normal lain.
“Sudah bertahun-tahun saya tidak dapat ke mana-mana kerana sibuk
menjaga anak. Apatah lagi dengan kembar lima yang memerlukan lebih
banyak pemerhatian.
“Pada waktu malam saya lebih banyak terjaga daripada tidur kerana perlu
menyusukan semuanya,” katanya dalam wawancara dengan rangkaian
televisyen Al Arabiya. – Agensi