Pepatah Melayu pernah berkata, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”
Nama, Aisyah Tajuddin secara tiba-tiba jadi bualan hangat hingga
menerima banyak kecaman dan kritikan yang hebat daripada rakyat Malaysia
gara-gara mengutuk pelaksanaan hudud di Kelantan secara sarkastik dalam
video Hudud Isi Periuk Nasi?.
Walaupun stesen radio BFM dan Projek Dialog sudah
memohon maaf susulan penerbitan dan menarik balik video berkenaan namun masih ramai tidak
boleh menerima video itu yang dianggap mempersendakan hukum Allah.
Tampil membidas video viral tersebut, bekas peserta Pencetus Ummah, PU Rahmat menjawab segala persoalan dan sindiran Aisyah yang mempersoalkan kepentingan hudud di Kelantan.
Hujah penuh berhemah dan lemah lembut oleh PU Rahmat berdurasi selama
lima minit 45 saat ini, telah menjadi viral di media sosial dan diharap dapat diterima Aisyah dengan baik serta terbuka.
Video tersebut yang diselang seli dengan pertanyaan Aisyah dan jawapan
daripada PU Rahmat itu jelas mempamerkan perbezaan orang yang mempunyai kefahaman
ilmu agama yang tinggi berbanding mereka yang tidak berilmu bila galak mahu berhujah.
Tambahan pula, kupasan PU Rahmat lebih mudah difahami dan bersifat "direct to the point" berbeza dengan pendekatan Aishah yang lebih bersifat menghentam yang mampu merosakkan minda generasi muda yang kritis tidak bertempat.
Tidak hairanlah Imam Syafie pernah berkata:
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.”
Mari kita tonton jawapan daripada PU Rahmat tersebut, semoga ianya dapat
memberi pencerahan bukan sahaja buat Aishah tapi juga pada ayahnya yang membela tindakan anaknya itu, serta kita semua. Wallahu'alam. Peace! -Kedahnews.com