ALOR SETAR - Seramai 15 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam
Ops Jaja di sekitar tapak pasar malam Lubuk Merbau, Pendang kerana
berada di negara ini tanpa memiliki dokumen sah, kelmarin.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah, Rahieda Rejab bersama 26 pegawai membuat pemeriksaan terhadap 30 warga asing dari pelbagai negara.
Menurutnya, anggotanya menahan 10 lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar serta seorang lelaki warga Pakistan.

“Mereka yang ditahan berusia lingkungan lapan bulan hingga 44 tahun,” katanya.
Mohamad Yusri berkata, siasatan awal mendapati semua warga Myanmar terbabit melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tiada pas dan permit yang sah.
“Manakala seorang warga Pakistan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56 (1) (I) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana memiliki pas lawatan palsu.
“Mereka ditangkap ketika mengunjungi pasar malam itu,” katanya. -Sinar Harian