Beberapa penduduk Ladang Meiha merayu pembelaan sewajarnya dari kerajaan negeri di Wisma Darul Aman. |
Sebelum ini, seramai 187 keluarga dari ladang berkenaan diarah pindah oleh tuan tanah bagi tujuan pembangunan di kawasan itu.
Namun, penduduk yang telah lama menetap di kawasan itu berjuang dan
membawa kes berkenaan ke mahkamah dengan menuntut tuan tanah memberikan
pampasan dan menyediakan rumah kos rendah buat mereka.
Naib Pengerusi dan Setiausaha Bekas Pekerja Padang Meiha, Mohd Ali
Abdul Razak berkata, meskipun, keputusan mahkamah tinggi memihak kepada
penduduk yang merupakan bekas pekerja ladang, namun mereka masih belum
menerima hak berkenaan.
"Penduduk ladang sepatutnya sudah menerima bayaran pampasan dan rumah kos rendah yang dibayar sama rata antara penduduk dan pihak berkaitan.
“Lebih memburukkan keadaan, hak tidak diterima, malah bekalan air dan elektrik didakwa ditutup pihak tertentu hingga menyukarkan aktiviti harian penduduk,” katanya.

Sedangkan, katanya, pihak bertanggungjawab telah diarahkan mahkamah
menanggung bil bekalan elektrik dan air kediaman penduduk selagi isu
dibangkitkan tidak selesai.
Disebabkan itu, katanya, penduduk termasuk golongan pelajar terpaksa
bersusah payah setiap pagi sebelum ke sekolah kerana masalah air dialami
sejak lebih sebulan lalu.
Malah, Ali berkata, ada penduduk terpaksa mengorek telaga sendiri,
selain bergantung kepada lori air dibawa Syarikat Air Darul Aman (Sada)
untuk mendapatkan bekalan air.
Mohd Ali berkata, pihaknya merayu kerajaan negeri membantu membela nasib penduduk di ladang berkenaan. -Sinar Harian
Mohd Ali berkata, pihaknya merayu kerajaan negeri membantu membela nasib penduduk di ladang berkenaan. -Sinar Harian