271 Premis Di Kedah Dapat Sijil Akuan Bomba (FC)


ALOR SETAR - Sebanyak 271 premis di Kedah mendapat Sijil Perakuan Bomba (FC) bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Ahmad Shahabuddin.
  
Katanya, jumlah itu adalah daripada keseluruhan 302 premis yang memohon dengan 31 premis lagi masih dalam proses pemeriksaan disebabkan beberapa faktor, antaranya perubahan pelan bangunan, pelan bangunan tidak mendapat kelulusan bomba serta baru menghantar maklumat pelan bangunan.
  
Menurut Akta Perkhidmatan Bomba (Akta 341), langkah pemilikan sijil berkenaan adalah diwajibkan, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kursus Pengukuhan Pelaksanaan Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Bomba 1998 di sini hari ini.
  
Program berkenaan dihadiri 42 pegawai dari Zon Utara membabitkan Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis bagi melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan dan pendakwaan yang lebih tersusun. - Bernama