39 Motrosikal Bakal Dilelong PDRM Di Seberang Perai Selatan


NIBONG TEBAL - Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) akan melelong 39 motosikal di Balai Polis Simpang Ampat di sini pada 22 April ini.

Ketua Polis Daerah SPS, Superitendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata lelongan akan bermula pukul 10 pagi.

Beliau berkata motosikal yang hendak dilelong itu tidak dituntut pemiliknya sejak beberapa tahun lepas setelah pemiliknya melakukan pelbagai kesalahan.

Antara motosikal yang akan dilelong termasuk Yamaha 12Z, Yamaha SS, Yamaha Sport, Yamaha Y-100, Suzuki RG, Honda C70 dan C90. –Bernama