ALOR SETAR - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menafikan dirinya
memilik atau memakai jam tangan berjenama mewah, Rolex, sebagaimana yang didakwa oleh seorang aktivitis
dua hari lalu.
Ahmad membuat penafian tersebut sambil menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak mampu untuk memiliki aksesori mewah tersebut.
“Saya tidak pernah ada jam Rolex. Saya tidak pernah pakai. Saya tidak ada duit untuk beli Rolex,” katanya yang dipetik dari portal Malaysiakini.
Kata Ahmad lagi, kebiasaannya beliau hanya mengenakan jam berjenama
Orient dan Swatch yang dimilikinya, berharga sekitar RM800 dan RM230 bagi menghadiri majlis.
Dalam pada itu, beliau turut akan meneliti tuduhan tersebut terlebih dahulu
sebelum membuat tindakan selanjutnya dan tidak menolak gambar tersebut
kemungkinan telah disunting pihak berkenaan.
Sebelum ini, seorang aktivis, R Sri Sanjeevan memuat naik foto-foto
pemimpin politik kerajaan dan pembangkang yang memakai varisi jam tangan
di laman Facebook rasminya.
Dia turut mendedahkan harga bagi setiap jam tangan tersebut, dari
hanya ratusan ringgit sehinggalah mencecah ratusan ribu ringgit.
Antara pemimpin yang menjadi sasarannya adalah Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri
Hishamuddin Tun Hussein dan Khairy Jamaluddin.
Sementara itu, pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Lim Kit Siang turut menjadi "mangsa". -Kedahnews.com.