AMARAN PAS: Jangan Calonkan Wan Azizah - Keluarga Anwar, Jangan Sebut Pasal Hudud! #PRKPermatangPauh
ALOR SETAR - Belum pun sempat PKR mengumumkan calon mereka untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Permatan Pauh, PAS awal-awal lagi sudah memberi amaran pada parti itu supaya tidak menamakan Presiden parti itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon mereka.
PAS Kawasan Permatang Pauh, melalui Ketua Penerangannya, Jamsari Samad, turut menegaskan supaya PKR tidak menamakan mana-mana ahli keluarga Wan Azizah dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon di situ.
"Ini adalah kesimpulan kami berdasarkan sentimen akar umbi. Kita tahu bahawa memilih calon adalah pregogatif PKR, tetapi secara umumnya rakyat di sini tidak mahu Dr Wan Azizah atau mana-mana ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding," kata Jamsari dalam satu kenyataan, semalam.
Jamsari menegaskan bahawa dua perkara berkenaan merupakan sesuatu yang tidak boleh dilakukan berdasarkan perlembagaan.
Selain itu, PKR turut diingatkan supaya memastikan penceramah mereka pada kempen ceramah parti itu tidak sesekali menyentuh isu pindaan enakmen jenayah Syariah yang dibentang PAS Kelantan membabitkan perlaksanaan hudud.
Jamsari memberi amaran bahawa isu hudud adalah sesuatu yang sensitif bagi penduduk Permatang Pauh dan PKR digesa untuk tidak memainkan isu itu jika tidak mahu berlaku sebarang kekecohan pada PRK kali ini.
"Jika PKR tidak mahu membuat kecoh di sini, ia juga perlu memberitahu kepada penceramah supaya tidak membincangkan isu hudud kerana ia sesuatu yang suci bagi orang di sini," katanya lagi memberi amaran keras.
Wan Azizah sebelum ini enggan dicalonkan PAS sebagai Menteri Besar Selangor dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Presiden PKR itu sebagai lemah serta tidak layak berada di jawatan tersebut.
Sementara itu, PKR senada dengan DAP apabila kedua parti itu memutuskan untuk menolak keras pindaan enakmen hudud yang dibentang Kerajaan PAS Negeri Kelantan dan menentang sebarang bentuk perlaksanaan ke arah agenda berkenaan.
Meskipun mengecam Abdul Hadi dan PAS sebagai "pengkhianat bersiri" dan "tidak bermaruah", secara terbuka di media, DAP dan PKR dikatakan masih mengharap pertolongan PAS dan jentera parti itu untuk menyokong calon Pakatan Rakyat di PRK Permatang Pauh. -Kedahnews.com