POKOK SENA - Wau merupakan salah satu permainan tradisional orang Melayu
sejak beratus-ratus tahun dahulu dan permainan itu amat popular dalam
kalangan pesawah kerana mereka akan bermain wau selepas berakhirnya
musim menuai, namun kini permainan itu semakin dilupakan generasi muda.
Bagi menghidupkan kembali permainan tersebut, Peladang Muda Mada Unit Lepai mengambil inisiatif dengan menganjurkan pertandingan wau di Kampung Terung Asam, Mukim Lepai baru-baru ini.
Penyelaras pertandingan, Tarmizi Din berkata, lebih 200 peserta menyertai pertandingan tersebut sekali gus memeriahkan lagi pertandingan yang dianjurkan.
"Saya sebagai anak petani perlu lakukan sesuatu untuk mengembalikan permainan itu, sekali gus menimbulkan suasana meriah dalam kalangan penduduk," katanya.
Pemain perlu pandai kendali wau
Tarmizi berkata, pertandingan wau yang dianjurkan pihaknya adalah untuk wau jenis bulan dan jala budi.
"Dalam pertandingan ini pemain perlu menegakkan wau mereka hingga 90 darjah.
“Pertandingan ini memerlukan kebijaksanaan pemain kerana jika angin tidak kuat, wau mereka tidak dapat tegak seperti yang dikehendaki dalam pertandingan tersebut," katanya.
Menurutnya, dalam masa sama, pemain perlu ada pengalaman dalam mengendali wau selama enam minit iaitu masa yang diberikan oleh pengadil.
“Setiap pemain akan dipantau oleh pengadil yang berada dalam garisan khas.
"Inilah cabaran kepada setiap pemain, dan mereka juga perlu pandai menarik tali jika wau mereka semakin jauh dari sasaran,” katanya.
Katanya lagi, sebelum pertandingan itu dimulakan, pihak penganjur akan melayangkan wau katek bagi melihat arah tuju angin supaya dapat membantu pemain wau dalam pertandingan itu.
Dapat sambutan menggalakkan
Tarmizi berkata, pertandingan wau ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk yang tinggal dari daerah sekitar Pokok Sena.
"Pertandingan kali ini tidak fokus kepada hiasan, bunyi dan ketinggian sebaliknya mengutamakan kebolehan pemain dalam mengendalikan wau yang diterbangkan," katanya.
Katanya, pertandingan yang dianjurkan ini juga bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk.
"Dalam masa sama dapat mengisi masa penduduk khususnya golongan belia, sekali gus mengelak mereka daripada terlibat dengan aktiviti tidak sihat seperti merempit," katanya.
Jelajah seluruh Malaysia untuk bermain wau
Pemain wau, Osman Awang, 84, dari Kampung Keranji, Mukim Telaga Mas berkata, dia mula bermain wau sejak tahun 1970-an dan beberapa kali menjadi johan dalam pertandingan wau yang disertainya.
"Disebabkan minat yang mendalam dengan permainan itu, saya sanggup menjelajah ke seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia dan Australia semata-mata untuk menyertai pertandingan wau yang diadakan.
"Saya amat berpuas hati kerana setiap kali menyertai pertandingan tidak pernah pulang dengan tangan kosong," katanya.
Menurutnya, dia amat gembira kerana ada golongan muda yang mahu menghidupkan kembali permainan wau di daerah tersebut.
"Sebagai anak petani permainan wau tidak boleh dipisahkan kerana ia adalah identiti mereka. Tambahan pula, permainan ini adalah permainan tradisional yang dibanggakan oleh nenek moyang.
“Dengan adanya pertandingan ini insya-ALLAH permainan wau tidak terkubur begitu sahaja. Dalam masa sama dapat mewujudkan suasana yang meriah di kampung tersebut,” katanya. -Sinar Harian