Anggota CIA Pencen Mengaku Bunuh Aktres Lagenda Marilyn Monroe

Seorang pesara CIA dilaporkan telah membuat satu pengakuan kontroversi yang mengejutkan ramai pihak sejak dia dimasukkan ke Hospital Sentara.

Memetik sumber, Normand Hodges, 78, mengaku secara terbuka telah melakukan 37 pembunuhan untuk kerajaan Amerika Syarikat antara tahun 1959 dan 1972, termasuk membunuh aktres kesayangan ramai, Marilyn Monroe.

Normand Hodges, 78
Difahamkan bahawa Normand bekerja sebagai operatif berpangkat tinggi selama 41 tahun.

Selain dilatih sebagai penembak tepat dan pakar seni pertahankan diri, dia juga mempunyai kelebihan dalam penggunaan racun serta bahan letupan yang boleh memudaratkan.

Menurutnya, dia sering diupah pihak tertentu untuk membunuh individu yang boleh mendatangkan ancaman kepada kerajaan.

Antaranya adalah aktivis politik, wartawan dan ketua kesatuan serta beberapa saintis dan artis yang dianggap sebagai ancaman.

Marilyn Monroe antara mangsa dan satu-satunya wanita yang dia pernah bunuh.

agentn

Walau bagaimanapun, Normand menegaskan bahawa dia langsung tidak menyesal dengan tindakan membunuh aktres lagenda antarabangsa itu.

Normand mendakwa Marilyn merupakan ancaman kepada sistem keselamatan negara kerana mendiang terlibat beberapa isu skandal yang dianggap kontroversi di zaman itu.

Oleh itu, Normand menegaskan bahawa dia menurut perintah untuk membunuhnya namun pembunuhan aktres itu harus dijadikan seumpama kes bunuh diri. -Kedahnews.com