Angin Fitnah Di #PRKRompin Mula Bertiup?

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin
ALOR SETAR - Biarpun belum 24 jam proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin semalam, sudah ada sebaran unsur-unsur tohmahan yang tersebar meluas di kalangan pengguna laman media sosial.

Sekeping gambar yang mempamerkan penyokong sebuah parti politik yang memegang sepanduk dengan kapsyen tertentu telah diubahsuai oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Mungkin mengamalkan "matlamat menghalalkan cara" dan tidak mengendahkan soal hukum dosa atau pahala, dipercayai pihak tertentu itu telah mengubah perkataan pada sepanduk asal yang digunakan oleh penyokong parti yang bertanding.

Bagaimanapun, mungkin dengan budaya masakini yang cepat terpengaruh dengan dakyah tidak benar, gambar yang diyakini telah diedit itu mula viral menerusi aplikasi WhatsApps sejak tengah hari semalam.


Lihat sendiri "kerja" mereka di bawah: -Kedahnews.com