Apple Watch Diamond Ecstasy Untuk Mereka Yang Terlajak Kaya

Apple Watch Diamond Ecstasy
APPLE telah mengumumkan bahawa variasi jam pintar mereka yang bersadur emas, dinamakan Apple Watch Edition bakal dijual pada harga USD 10,000 (RM 36,600).

Jam pintar edisi itu bagaimanapun hanya dipasarkan dalam jumlah terhad dan boleh dipesan di beberapa Apple Store terpilih sahaja.

Namun jika Apple Watch Edition masih belum cukup eksklusif bagi anda, kini terdapat Apple Watch Diamond Ecstasy yang dihasilkan oleh Goldgenie.

apple watch
apple watch 3

Jam pintar ini diperbuat daripada platinum dan bertatahkan berlian.

Harga jualan seutas Diamond Ecstasy ialah £ 121000 (RM 660,000).

Sekiranya edisi ini terlalu mahal, pihak Goldgenie turut menghasilkan versi saduran emas merah pada harga lebih mampu milik iaitu £ 55000 (RM 298, 000)  dan versi kulit ular sawa atau buaya pada harga £ 1997 (RM 10, 800).

apple watch 4
apple watch 5


Apple adalah jenama paling bernilai di dunia pada masa sekarang dan kini ia boleh dikategorikan sebagai barangan mewah.

Tidak mengejutkan apabila ada pihak yang akan menghasilkan versi lebih mewah pada harga ‘Borjuis’ produk keluaran mereka.

Apa yang pasti, sekiranya tiada permintaan maka tidak akan wujud penawaran.

Maknanya jika sesuatu produk itu mempunyai permintaan tinggi di pasaran, maka pasti ada edisi premium atau mewahnya.

Itu juga ‘punca’ mengapa tidak ada Proton Tiara edisi saduran emas, bertatah permata dan mempunyai enjin 300 kuasa kuda – tiada permintaan buat masa ini.

 Sumber:  DailymailUK