AWAS! Hati-Hati Dengan Lelaki India Ini..!

Tersebar meluas beberapa gambar di media sosial baru-baru ini yang memaparkan seorang lelaki India menggunakan taktik ‘tayar berasap’ bagi menipu pemandu kereta yang menggunakan laluan di lebuhraya Kesas di sekitar Lembah Klang.

Modus operandi lelaki itu ialah dengan menunjukkan isyarat kononnya tayar kereta mangsa yang berasap ketika sedang memandu dan mengarahkan untuk berhenti.

Kemudian, lelaki tersebut akan mendakwa kononnya break kereta mangsa mengalami kebocoran,  dan disaat itulah taktik menipu lelaki durjana itu bermula.

Dia dikatakan telah meletak sesuatu di tayar mangsa sehingga mengakibatkan mangsa benar-benar percaya yang break kenderaannya telah rosak.

Berikut adalah kronologi seorang mangsa yang dikenali sebagai Jannah Afi yang telah berkongsi pengalamannya di laman sosial Facebook di mana ayahnya hampir di ‘sembelih’ oleh suspek.
salam.

mintak tolong semua viralkan.

tarikh : 16 April 2015
masa : 10.00 am
lokasi : federal highway @ lebuhraya persekutuan (dlm gambar kat lepas exit axis tower sebelum masuk ke lrt asia jaya)

kronologi kejadian:

ayah saya drive pergi kerja macam biasa, tiba2 mamat ni hon dari belakang sambil tunjuk kat tayar. ayah saya ni berhenti tapi x keluar kereta. mamat ni datang cakap dah ramai org hon kereta ayah saya dr tadi tp ayah saya x berhenti. dia kata tayar berasap. dia suruh ayah saya pusing stereng sambil dia buat sesuatu kat tayar. lepas buat camtu, ayah saya keluar kereta, tengok minyak brek bocor. then ayah saya kata nak g kerja dulu nanti baru baiki cos dah lambat. tp lepas start kereta balik, brek xleh guna dah sedangkan sebelum tu okay lg brek. then mamat ni offer kata nak tolong. dia kata 'nak tolong saja'. tanya charge berapa pun dia cakap 'nak tolong saje'. then after dia buat something, konon2 tukar parts, dia dtg bawak member india 3 org and resit. katanya 1420. ayah saya terkejut n tanya mcm2 and ckp xde duit banyak tu. dia kata bagi je berapa dulu. ayah saya bg 350 and mintak resit. mak saya nak amek gambar untuk bukti bayar n nak resit untuk bukti, dia marah2. adik saya ambil gambar pun dia marah2, dia rampas duit, dia xbagi resit dan dia hentak kereta ayah saya dengan helmet. dia marah2 ugut2 siap cakap dia tahu mana nak carik ayah saya lagi. dia terus ajak kawan2 dia blah dan ajak mak ayah saya g balai polis. dia pecut dulu, konon2 nak g balai dulu. sampai balai, bayang dia memang xde. polis ckp mmg xde dia datang. parents saya buat report polis.

ayah saya dah 60 years old, and adik saya yg pergi dgn mak tadi perempuan. memang diorang x berani nak lawan sangat cos tgkla badan mamat tu aje. then dia bawak kawan org laki lagi. apa-apa jadi mungkin lebih dari 350 hilang. memang Alhamdulillah, keluarga saya selamat. duit tu mungkin bukan rezekikami. tapi tujuan saya nak hal ni diviralkan supaya org lain xkena. mamat ni aim org2 tua, perempuan, n org2 yg lemah n macam baik2. dia nampak ayah saya tua, berkopiah, berjanggut, n berseorangan kot dia berani nak pijak.

hati2 semua. jangan stop kalau ade org2 buat camni. mamat ni dah byk kali tipu orang sampai polis balai pj pon xperlu dah nak ambil gambar dia yg adik saya capture. pls semua, sebarkan! thanks.
Difahamkan bahawa Lebuh raya Maharajalela, Kesas, Federal Highway dan Jalan Syed Putra dikatakan menjadi lokasi sasaran utama suspek itu.

Namun Kedahnews.com yakin sekiranya tidak dibendung, tidak mustahil modus operandi sebegini mampu merebak ke utara semenanjung, termasuk di Kedah.

Pada pemerhatian kami, sebenarnya taktik macam ni sudah banyak terjadi kepada masyarakat awam dan telah dilaporkan. Antara kita, mungkin ada yang pernah menjadi mangsa kejadian seumpama ini, bukan?

Bagaimanapun, kami menyarankan supaya kita semua berhati-hatilah selalu. Di zaman sekarang,  pelbagai cara digunakan bagi cari duit dengan muda, termasuk menipu dan menganiaya orang ramai seperti ini, bukan? -Kedahnews.com