Bahaya: Pesawat Air Malta Buat Penerbangan Bentuk "Love" Di Udara


SEBUAH pesawat komersial Air Malta dikesan melakukan dua bentuk ‘love’ gergasi di udara yang berjaya dikesan oleh Flightradar24 di Kepulauan Mediterranean.

Berikutan tindakan itu, ramai pemerhati penerbangan bingung dengan tindakan juruterbang pesawat jenis AMC14JC itu.

Terdapat juga daripada mereka yang menyifatkan tindakan itu sebagai publisiti merbahaya yang dianjurkan oleh syarikat penerbangan tersebut.

Tindakan itu dipercayai dilakukan secara sengaja oleh Air Malta kerana syarikat itu telah mengadakan promosi ‘Penerbangan Cinta’ pada Februari lalu sebagai cara istimewa dan unik untuk menyambut hari kekasih.

Ketika pesawat itu dirakam melakukan dua bentuk ‘love’ gergasi, terdapat dua penerbangan komersial lain menuju ke lokasi tersebut dan ia boleh menimbulkan bahaya.

Syarikat Air Malta yang diminta memberi respon terhadap insiden itu bagaimanapun dilapor mendiamkan diri ketika ini. – mStar