Bapa Potong Hidung, Telinga Kekasih Anak

Gambar Hiasan
Islamabad – Seorang bapa memotong hidung dan kedua-dua telinga seorang lelaki yang didakwa kekasih anaknya.

Akhbar Nation melaporkan, bapa berkenaan bersama-sama dua rakannya menahan mangsa yang berasal dari kawasan Zahirpir ketika dia berjalan ke sebuah restoran.

Mereka kemudian mengheret mangsa ke kawasan sunyi sebelum memotong hidung dan kedua-dua telinganya dengan pisau.

Polis yang menyiasat kejadian itu berkata, mangsa kini dirawat di hospital tempatan sementara ketiga-tiga suspek ditahan.

Si bapa berkenaan dikatakan bertindak demikian atas alasan menjaga maruah keluarganya kerana lelaki terbabit menjalinkan hubungan dengan anaknya. – Agensi