ALOR SETAR - Bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik terkejut apabila
menerima surat penamatan keahlian daripada Jawatankuasa Disiplin parti,
Khamis lalu.
Tindakan itu disifatkannya sebagai salah guna kuasa, berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum memperakui kesahihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP 2013, di mana ROS masih menjalankan siasatan berhubung keputusan pemilihan itu.
“Ini bermakna sebarang arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin DAP termasuk Jawatankuasa Disiplin DAP tidak sah dan tidak laku. Saya anggap surat penamatan keahlian yang saya terima ini sebagai sampah,” katanya, pada sidang media, semalam.
Ahli cawangan Alor Setar itu berkata, kepimpinan DAP kini ibarat ‘tunggang terbalik’ apabila pemimpinnya bertindak sesuka hati tanpa menghiraukan arahan ROS atau perlembagaan parti.
Guan Aik yang juga ahli seumur hidup DAP sejak 2004 turut mempersoal kedudukannya berikutan status seumur hidup itu tidak boleh ditarik balik.
“Mana boleh buang atau singkirkan ahli berstatus seumur hidup. Sampai mati pun saya ahli DAP,” katanya.
Sehubungan itu, Guan Aik mencabar Jawatankuasa Disiplin parti menunjukkan klausa dalam perlembagaan parti itu, yang membolehkan ahli seumur hidup ditamatkan keahlian.
“Tindakan DAP Pusat ini mengelirukan ramai ahlinya. Saya tidak tolak kemungkinan akan laporkan perkara ini kepada ROS berikutan pemimpin DAP pusat bertindak sesuka hati walaupun jawatan mereka tidak diiktiraf,” katanya.
Pada sidang media 28 Mac lalu, Guan Aik dan 10 lagi individu menerima surat tindakan tatatertib yang dihantar Jawatankuasa Disiplin parti itu kerana didakwa mencalarkan imej parti.
Tindakan itu dibuat susulan Jawatankuasa Disiplin menerima aduan bertulis daripada Adun Kota Darul Aman, Teoh Boon Kok bertarikh 24 Mac 2014, mendakwa mereka menjejaskan nama baik parti serta pemimpin Pusat berhubung isu pengambilalihan jawatankuasa negeri oleh CEC. -Sinar Harian