Bekas Presiden Mesir Mohamad Morsi Dihukum Penjara 20 Tahun

KAHERAH -  Bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi dilapor telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun atas dakwaan melakukan kesalahan mencetus keganasan dan pembunuhan penunjuk perasaan pada sekitar tahun 2012.

Memetik media antarabangsa CNN, Mohammed Morsi dibicarakan bersama 14 defendan lain, termasuk beberapa bekas kakitangan yang pernah bertugas di bawah pemerintahan beliau sebelum ini.

Menurut laporan berkenaan, hukuman tersebut telah dijatuhkan oleh hakim, Ahmed Sabry Youssef.

Menyentuh perasaan, Mohamed Mursi dan defendan lain dikatakan sempat melaungkan laungan "Allahu Akhbar" sejurus selepas hukuman dijatuhkan ke atas mereka.

Mohamed Morsi merupakan Presiden Mesir pertama yang dilantik menerusi cara demokrasi pilihanraya dan beliau telah digulingkan oleh pihak tentera pada Julai 2013.

Dijangka hukuman yang dijatuhkan terhadap beliau itu bakal menaikkan kemarahan di kalangan ratusan ribu penyokongnya di negara berkenaan. - Kedahnews.com