PERMATANG PAUH - Barisan Nasional (BN) Kedah berdepan dengan cabaran getir apabila diberi tugasan untuk berkampung di lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang menyaksikan parti itu tewas pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.
Menggalas tugas mencabar itu, BN Kedah yang diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berazam untuk bekerja lebih keras untuk menawan kelapan-lapan PDM berkenaan sedaya mampu hingga ke saat terakhir pada 7 Mei ini.
"Kami dapat tugas berat kali ni, semua PDM dibawah seliaan BN Kedah semuanya kalah pada PRU lalu.
"Kami dah biasa hadapi perkara ni dan kali ni di kubu kuat Anwar, kami perlu double treble usaha menjelaskan kebenaran BN dan pembohongan PKR pada rakyat di Penanti ini, depa dah lama tertipu.. dah bertahun dah,"
"Tapi bukan senang untuk jelaskan pada mereka semua.. dah lama dibohong sampai ada yang percaya pada pembohongan tu," kata Setiausaha Kerja (SUK) BN Kedah, Datuk Ariffin Man, kepada Kedahnews.com dalam temubual eksklusif sebentar tadi.
Kata Ariffin, sudah tentu BN Kedah menerima beberapa masalah tertentu di PDM-PDM tersebut dan berdasarkan pengalaman serta rekod baik jentera dari Kedah itu mereka berazam untuk mencuri hati pengundi-pengundi di kawasan "hitam" tersebut.
BN Kedah membuka sebanyak lapan rumah Kedah di PDM Teluk Wang, PDM Mengkuang, PDM Kubang Ulu, PDM Penanti, PDM Sungai Semambu, PDM Sungai Lembu, PDM Berapit Road dan PDM Tanah Liat.
Menarik katanya apabila melihat para penyokong PAS yang seolah memberi petanda positif pada kempen BN kali ini.
"Kebanyakan penyokong PAS di sini sekarang dalam "mode silent".
"Depa tak marah kat BN, depa tak kata apa pun kat BN... cuma depa dok sebut pasal calon 'recycle' PKR, dah macam takdak orang lain," jelasnya mengenai sambutan dari PDM-PDM berkenaan yang diperoleh dari program Jalinan Rakyat yang diadakan setiap hari di sini.
Bagaimanapun katanya, biar pun peratusan untuk BN menang di PRK Permatang Pauh masih lagi dalam kedudukan tewas buat masa ini dan beliau optimis PKR mampu ditumbangkan di kubu kuat mereka kali ini.
"Kalau kena dengan caranya, jangan terkejut kalau PKR tewas kali ni.. mungkin balasan Allah sebab tolak hudud kot..," katanya berseloroh.
Terkini di Permatang Pauh menyaksikan Pakatan Rakyat dikatakana dalam keadaan "panik" apabila Pemuda PAS Pulau Pinang dan akar umbi parti berkenaan seolah bertindak memboikot PRK kali ini.
Menerusi tinjauan kami yang setiap hari meronda di sekitar Permatang Pauh, adalah amat jarang sekali untuk bertemu jentera akar umbi PAS yang turun berkempen untuk PKR berbanding pilihanraya sebelum ini. -Kedahnews.com