ALOR SETAR - Dua lagi pelajar tingkatan lima dilapor telah ditahan pihak berkuasa bagi membantu
siasatan berhubung laporan kes pukul seorang pelajar tingkatan satu di
sebuah sekolah agama di Pendang pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superitendan Abdul Aziz Ahmad berkata, dua pelajar senior terbabit tidak dapat ditahan sebelum ini kerana pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani selepas digantung dari asrama sekolah.
"Kedua-dua pelajar itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang pada 5.15 petang semalam. Ia menjadikan keseluruhan pelajar yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu seramai 15 orang," katanya sebagaimana yang dipetik dari Bernama, semalam.
Tambahnya, siasatan masih dijalankan ke atas semua pelajar itu dan keputusan sama ada mereka akan dibebaskan atas jaminan atau direman masih belum dapat ditentukan lagi.
Dalam insiden Sabtu lepas, Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari Taman Ria Mesra, Gurun mendakwa telah dipukul oleh kira-kira 30 pelajar senior di sekolah itu bermula jam 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di bilik asrama. -Kedahnews.com