Muhamad Faizal (tiga, kiri) bergambar bersama sebahagian peserta yang menyertai pertandingan wau |
JITRA - Pemuda Umno Cawangan Kampung Paya Parit Latif, di sini,
menganjurkan pertandingan wau secara terbuka bertujuan mengekalkan
tradisi permainan itu dalam kalangan masyarakat.
Ketuanya, Muhamad Faizal Murat berkata, pertandingan yang dianjurkan bersama Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk dan peminat wau dari luar daerah Kubang Pasu, sekali gus berjaya mengumpulkan lebih 300 penyertaan.
“Program ini kali pertama dianjurkan di sini, dalam usaha mengekalkan tradisi permainan nenek moyang khususnya melibatkan generasi muda.
“Dalam masa masa, program ini dapat mengisi masa lapang penduduk sempena berakhirnya musim menuai padi,” katanya.
Katanya, pertandingan kali ini menawarkan hadiah wang tunai RM300 untuk pemenang pertama, tempat kedua RM200 dan ketiga RM100.
“Selain itu, kita juga mengadakan pertunjukan wau tradisional sebagai aktiviti sampingan,” katanya. -Sinar Harian