Cakra Khan Bakal Hiburkan Peminat Di Menara Kuala Lumpur @FaazFitriah

Nama penyanyi kelahiran Indonesia, Cakra Khan sememangnya tidak asing lagi di persada industri hiburan tanah air.

Keunikan suara serak-serak basahnya berjaya menambat hati pendengar di Malaysia hingga ada yang memuji pelantun Harus Terpisah ini sebagai penyanyi bersuara khas.

Tampil buat para peminatnya, Cakra Khan atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman bakal mengegarkan pentas dalam menjayakan ‘Sky Gateaway Cakra Khan @ KL Tower’ yang bakal berlangsung pada 23 Mei hadapan.

Showcase yang julung kalinya Cakra Khan di Malaysia ini bakal berlangsung di Mega View Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur pada  jam 8.30 malam.

Apa yang menarik pada persembahan kali ini, jejaka berusia 24 tahun ini bakal menghiburkan peminatnya selama satu jam dengan mempersembahkan koleksi lagu nyanyiannya dan beberapa lagu artis Malaysia.

DSC_1375

Menurutnya, persembahan kali ini yang hanya terhad kepada 350 orang ini bakal memberi peluang buat dirinya berinteraksi penuh dengan para peminat.

“Persembahan ini berbeza, kerana saya dapat berinteraksi dengan audience lebih dekat. Saya bakal mempersembahkan antara 10 hingga 15 lagu.

“Meskipun saya sedikit gemuruh dengan showcase ini , namun saya yakin boleh lakukan dan kini saya sedang sibuk berlatih untuk persembahan Sky Gateaway ini.

“Saya rasa terhormat kerana ini pertama kali saya ada showcase sendiri tanpa dikongsi artis lain namun saya berjanji akan cuba memberi yang terbaik untuk para peminat,” kata Cakra Khan yang ditemui dalam sidang media petang tadi.

Cakra bersama Izwan yang ditemui di sidang media.
Cakra bersama Izwan yang ditemui di sidang media.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Bahagian Acara Mohd Izwan Abdul Halim memberitahu, acara hiburan Sky Gateaway ini merupakan salah satu strategik bagi menarik para pengunjung dari Malaysia dan luar negara untuk melawat Menara Kuala Lumpur.

“Cakra mempunyai suara yang lain dari yang lain. Pemilihan Cakra Khan sebagai selebriti pada acara itu bertepatan dengan keperibadian Cakra yang kami rasakan eksklusif dan sesuai,” jelas Izwan.

Bagi yang berminat boleh mendapatkan tiket dengan menghubungi Suriati di talian 03-20205448 dan melayari www.menarakl.com.my atau www.facebook.com/officialmenarakl. – MYNEWSHUB.CC